Apakah antara amalan yang boleh ibubapa lakukan saat anak menghadapi peperiksaan?Persediaan ibubapa dan anak menghadapi saat-saat akhir peperiksaan adalah saat-saat yang agak mendebarkan bahkan turut sama dirasai seisi keluarga.

Apatah lagi tak sampai sebulan pun anak-anak kelahiran tahun 2000 akan menduduki peperiksaan besar SPM 2017 yang mana apa jua keputusan peperiksaan bakal menentukan hala tuju anak-anak ke manakah mereka akan melanjutkan pelajaran selepas ini atau sebaliknya.

Semestinya inilah yang memberikan tekanan besar buat anak-anak mahupun ibubapa.

Lupakan apa jua kerunsingan yang tak pasti. Saat-saat akhir perjuangan perlu dimanfaatkan sebaiknya.

Antara amalan-amalan dan doa yang boleh dilakukan oleh ibubapa dan anak-anak periksa hasil perkongsian dari group2 whatsapp, saya himpunkan di sini untuk rujukan.

amalan yang boleh ibubapa lakukan saat anak menghadapi peperiksaan

 

Amalan Yang Boleh Ibubapa Lakukan Saat Anak Menghadapi Peperiksaan di Sepanjang Minggu Peperiksaan

Ibubapa boleh banyak-banyak berdoa seperti berikut,

Doa untuk anak-anak kami yang bakal menduduki peperiksaan,

بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكzَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

YA ALLAH,
Minggu depan ini adalah minggu anak-anak kami menduduki peperiksaan PT3. Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi  YA ALLAH.

YA ALLAH,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

YA ALLAH,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

YA ALLAH,
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

YA ALLAH,
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.

YA ALLAH,
kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

YA ALLAH,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

YA ALLAH,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak jiran, rakan dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

YA ALLAH
Perkenankanlah doa kami ini.

   رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ.
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ.
وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.
سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

امين يا رب العالمين.

Bagi anak-anak yang menduduki peperiksaan pula, amalan2 berikut sangat baik untuk diamalkan semasa menghadapi peperiksaan.

DOA MENDUDUKI EXAM

Keluar rumah🏠:
بِسْمِ ٱللَّهِ تَوَکَّلْتُ عَلَى ٱللَّهُ

Otw 🚶🚶 :
يَا ذَٱلْجَلَالِ وَٱلْإِكْرَامِ

Masuk dewan periksa 🏫 :
سَلٰمٌ قَوْلًا مِّن رَّبِّ ٱلرَّحِيمِ

Duduk 💺:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينَ

Buka kertas soalan 📄 :
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَاطَ اٱلْمُسْتَقِيمَ

Jawab soalan 📝 :
إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Soalan susah ⚠ :
وَكَانَ ذٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرًا

Check jawapan ❌ :
إِنَّ ٱللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلٍيمًا

Hantar 🏁 :
وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَلِيًّا وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ يَسِيرًا

Mudah2an Allah permudahkan dan memberi ketenangan, kelancaran, ketepatan serta untuk korang menduduki peperiksaan seterusnya diberikan kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan kelak.

#copypaste

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak beli Shaklee? Klik SINI untuk hubungi saya