6 Cara Menjaga Luka Jahit Bersalin Cegah Luka Jahitan Dari Terbuka Semula. Hari ini saya nak berkongsi 6 cara menjaga luka jahit bersalin agar luka jahitan tidak terbuka semula dan ibu mendapat jangkitan melalui jahitan luka tersebut. Dalam istilah perubatan ia dipanggil proses episiotomy. Dan proses ini kadang-kadang melibatkan luka besar di antara vagina dan dubur ibu justeru memerlukan bahagian tersebut dijahit sejurus selepas bersalin. Bagi mereka yang pernah melaluinya, ya ia memang satu tempoh yang sangat sukar dan sangat menyakitkan buat ibu dalam tempoh berpantang.

 

6 CARA MENJAGA LUKA JAHIT BERSALIN CEGAH LUKA JAHITAN DARI TERBUKA SEMULA

Ada 6 cara menjaga luka jahit bersalin yang mudah yang memang saya amalkan semasa berpantang sejurus selepas bersalin. Antaranya,

 

JAGA KEBERSIHAN LUKA

  • menukar pad dengan kerap di antara 2-4 jam sekali
  • lalukan air bersih pada luka setiap kali ke tandas untuk membuang air kecil atau besar. Ia bertujuan untuk mengelakkan jangkitan kuman
  • lapkan disekitar luka jahitan dengan perlahan-lahan atau ‘dap’kan dengan towel bersih supaya luka tidak lembap

 

KENAKAN ANGIN

  • sekali sekala kenakan angin atau dedahkan kawasan laluan bersalin dengan cara baring sebentar di bilik yang ada pengudaraan yang baik, berlunjur dan buka kaki

 

MENJAGA PERGERAKAN & BERBEKUNG

  • jaga pergerakan semasa dalam pantang. Duduk dan jalan perlahan-lahan dengan cermat dan sentiasa kepit. Cuba peruntukan masa selama beberapa jam untuk berbengkung. Punggung yang terkepit akan membantu mempercepatkan kesembuhan luka jahitan selepas bersalin supaya tidak terbuka

 

MENCUCI LUKA JAHITAN SELEPAS BERSALIN DENGAN AIR GARAM SUAM

6 Cara Menjaga Luka Jahitan Bersalin Dan Mencegah Luka Dari Terbuka Semula
Cerdit Foto : WikiHow
  • sesetengah hospital biasanya mencadangkan ibu bersalin untuk mencuci luka jahitan dengan air garam suam sebagai langkah mudah semulajadi cara menjaga luka jahit bersalin agar jahitan tidak terbuka semula. Caranya dengan melarutkan segenggam garam dalam besen yang dicampurkan dengan air suam dan kemudian ibu bolehlah duduk dengan meletakkan punggung dalam besen selama 10 minit.

 

MINUM AIR SECUKUPNYA dan MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT

  • perlu diketahui air secukupnya dan makanan yang berkhasiat lengkap dengan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai fiber sangat membantu kepada kesembuhan ibu bersalin, mempercepatkan luka jahitan kering, memberikan tenaga, memperbanyakkan susu badan ibu, mgelakkan ibu letih lesu dan stress serta membantu mengelakkan masalah sembelit yang sering berlaku di kalangan ibu berpantang. Ibu yang kerap meneran kuat disebabkan sembelit boleh menjejaskan luka jahitan selepas bersalin menjadi terbuka.

 

BERJUMPA DENGAN DOKTOR ANDA

  • jumpalah dengan doktor anda untuk buat pemeriksaan rutin.
  • tanda-tanda seperti ibu demam, kawasan luka mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, bernanah, kesakitan yang melampau sehingga sukar duduk, berdiri, berjalan dan sebagainya perlu segera dapatkan pemeriksaan lanjut dan rawatan dari doktor hospital.

Boleh baca SINI, testimoni merawat luka jahitan bersalin ibu dengan cepat.

 

Ha, banyakkan yang boleh dilakukan oleh ibu bersalin untuk menjaga diri semasa berpantang. Ibu-ibu memang disarankan sangat-sangat untuk mengamalkan 6 cara menjaga luka jahit selepas bersalin yang dicadangkan ini supaya dapat mengelakkan luka jahitan dari terbuka semula dan ibu berpantang dapat cepat sembuh.

MASALAH KEKANGAN BERPANTANG IBU-IBU BERSALIN

Makanan Bernutrisi Tinggi Untuk Ibu Berpantang

Walaubagaimanapun, dalam bab makanan ibu berpantang, bagi orang melayu, mereka sangat terikat dengan adat pantang larang jenis-jenis makanan yang boleh diambil. Mereka bimbang boleh menyebabkan masalah angin badan, sakit urat,rahim kembang, luka bersalin lambat kering, bayi kembung dan bermacam-macam lagi. Mereka juga dilarang untuk mengambil makanan-makanan yang dikhuatiri gatal, sayur-sayuran dan buah-buahan yang sejuk, berair dan berangin serta berbagai lagi untuk mengelakkan masalah penyakit angin meroyan daan sebagainya.

Antara kebimbangan bagi ibu bersalin yang berpantang makan secara ekstrim ini kadang-kadang dibimbangi mereka cenderung untuk tidak mendapat nutrisi lengkap yang sepatutnya diambil oleh ibu dalam pantang. Hasilnya, proses penyembuhan lambat berlaku, ibu bersalin mudah mendapat serangan penyakit ketika dalam pantang, susu badan tiada dan proses penyusuan bayi juga boleh terjejas.

 

NAK TAHU SUPLEMEN BERKHASIAT YANG MAMPU MEMBANTU MEMBEKALKAN KESELURUHAN NUTRISI BUAT IBU BERPANTANG SEKALIGUS MEMBEKALKAN NUTRISI YANG BAIK BUAT BAYI YANG DISUSUKAN?

Jawapannya, semestinya SET LENGKAP BERPANTANG SHAKLEE.

Set Lengkap Berpantang Shaklee terdiri, VIVIX, ESP, Vitalea, B Complex, Sr Vita C, Ostematrix, Omega Guard dan Alfalfa. Set lengkap ini bukan sahaja membantu mempercepatkan proses penyembuhan ibu bersalin, ia juga mampu memberikan tenaga buat ibu, mengawal ibu dari berasa stress, mengecutkan rahim, memperbanyakkan susu ibu, membakar lemak dan mengembalikan berat badan ibu kepada asal.

Baca SINI untuk mengetahui fungsi-fungsi lengkap setiap vitamin untuk ibu berpantang Set Berpantang Shaklee.

 

Berminat untuk dapatkan SET LENGKAP BERPANTANG SHAKLEE serta konsultasi panduan pengambilan dan sebagainya, atau ingin mendaftar keahlian dan dapatkan set ini pada harga yang istimewa serta manfaat-manfaat lain bolehlah hubungi saya di,

✍FB : Siti NorAini Sheikh Abdullah

✍FB Page : CelikSihat Page

✐Blog : CelikSihat 

✐Instagram : shakleeseriiskandar_kakct
✉Email : sitinurra77@gmail.com
✆HP : 019-514 6495
✆WhatsApp : 019.514.6495

➲COD Area : Bt Gajah, Tronoh, UTP, UITM, Bandar U, Seri Iskandar, Bota & Parit

Inshaallah saya sedia membantu anda!

Sekiranya nak order SET LENGKAP BERPANTANG SHAKLEE secara terus dan nak set ini terus sampai ke muka pintu rumah anda tanpa melalui saya, anda boleh buat belian ini dengan klik pada BUTTON berikut.

6 Cara Menjaga Luka Jahit Bersalin Cegah Luka Jahitan Dari Terbuka Semula

#sharingisloving

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak beli Shaklee? Klik SINI untuk hubungi saya