5 cara banyakkan susu badan sejurus selepas ibu bersalin. Baru-baru ini saya berjumpa dengan kawan suami dan isterinya. Saya seronok bersembang dengan isterinya apatah lagi bila menyentuh hal anak-anak. Ibu muda baru beranak seorang ni turut berkongsi cerita bagaimana beliau terpaksa menyusukan bayinya dengan susu formula akibat beliau kurang susu badan sedari masa berpantang lagi. Saya amat memahami dilema ibu-ibu yang baru bersalin samada bersalin secara normal mahupon ceaser tapi berusaha seboleh mungkin nak menyusukan bayi mereka. Justeru, saya ingin konsikan tips-tips 5 cara banyakkan susu badan sejurus selepas ibu bersalin.

Part yg paling mengujakan seorang ibu bila menyusukan bayi ialah bila bayi ‘burp’ kekenyangan selepas menyusu 🤗🤗

Tapi, tidak semua ibu-ibu yang baru bersalin mampu untuk menyusukan bayi mereka seawal hari pertama lagi. Ada sesetengah ibu yang baru bersalin masih belum dapat menghasilkan susu  badan lagi pada hari pertama selepas bersalin.

Tiada Susu Badan Pada Hari Pertama Selepas Bersalin

Ini lah juga pengalaman saya yang bersalinkan baby Mohammad Aydin Ukasyah secara normal pada 12 Julai 2018 yang lepas. Saya tidak dapat menyusukan Aydin pada hari pertama kerana belum ada susu badan. Akibatnya, baby Aydin juga belum nampak tanda-tanda dah kencing mahupon berak najis hijau lagi.

Tentu skali ini merunsingkan saya sebab misi dah bising-bising suruh kerap bagi susu supaya baby cepat2 kencing dan berak bagi membuktikan baby saya sihat dan kami boleh discharges secepatnya.

Alhamdulillah, keesokkan harinya baru susu badan saya keluar dan payudara mulai terasa berat dengan penghasilan susu badan.

Ramai ibu-ibu yang mengalah atau ada yang mengalami masalah tiada susu ibu sedari masa pantang lagi. Ataupun susu ibu sudah kering semasa dalam pantang lagi. Hakikatnya memberi susu ibu sedari selepas bersalin dan hari-hari seterusnya memerlukan kesabaran yang tinggi dan fikiran yang positif.

Baby Aydin sedari hr ke5 dah pandai ‘burp’ lepas menyusu dan terus sambung tido lena 2 jam sebelum bangun balik dan nanges nak menyusu. Kebolehan bayi untuk ‘burp’ selepas menyusu menunjukkan bayi kita mendapat cukup susu ibu dan cukup mengenyangkan serta memberi keselesaan buat perut bayi agar tidak meragam.

Dan Alhamdulillah malam-malam hari jugak baby akan selesa, tidur lena serta tidak menangis seperti kelihatan tidak berapa kenyang atau tidak lena tido ataupun kembong perut.

Antara tips-tips yang saya ingin kongsikan mungkin berguna buat ibu-ibu yang kali pertama ingin menyusukan bayi anda,

5 Cara Banyakkan Susu Badan Sejurus Selepas Bersalin

Cara-caranya adalah seperti berikut :

1. Terus berikan susu ibu dari hari pertama selepas bersalin.

Saya akui ini agak mencabar tak kira bersalin ceaser ataupun normal.

Walaupun kadang-kadang pada hari pertama agak sukar kerana ibu-ibu telah habis kudrat menghadapi proses kelahiran. Mungkin juga belum boleh bangun selepas proses bersalin ceaser.

Namun, sesudah ibu-ibu berasa kuat, dah sedar selepas operate dan sebagainya ikhtiarkan untuk menyusukan bayi anda. Hisapan bayi ini penting untuk stimulate badan ibu supaya dapat menghasilkan susu ibu mengikut konsep demand n supply.

Walaupun letih, penat dan sakit, bergembiralah dan terus berikan susu kepada bayi anda kerana kedua2nya adalah penawar buat pengecutan rahim ibu yang baru bersalin, pelancaran darah dan juga perisai buat bayi yang baru lahir.

Baca SINI

》》》 Tips Berpantang Supaya Luka Jahit Bersalin@Ceaser Cepat Sembuh

2. Bagi bayi yang terpaksa dimasukkan ke NICU dan sebagainya, ibu-ibu boleh ikhtiar pam menggunakan tangan kerana  diawal-awal kolestrum susu agak pekat. Kolestrum susu yang pekat ini selalunya sukar di pam menggunakan pam susu. Hanya dengan ransangan hisapan bayi sahaja yang paling ideal untuk keluarkan susu awal ibu.

Terus berikan susu ibu sekiranya ibu-ibu berpeluang untuk berikan susu badan kepada bayi anda.

3. Ibu berpantang perlu makan makanan bertenaga & berkhasiat. Kalau tidak makan makanan berkhasiat dan minum secukupnya, bagaimana badan ibu-ibu bersalin nak menghasilkan susu ibu secukupnya. Badan yang bertenaga akan meransang kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon prolaktin dengan lebih baik bagi menghasilkan susu badan.

Pastikan makanan ibu mengandungi nutrisi dan zat seimbang yg terdiri dari sumber karbohidrat, protein, vitamin, garam mineral & kalsium. Pengambilan suplemen tambahan seperti Set Menyusu Shaklee adalah sangat lengkap yang mampu membekalkan ke semua nutrisi yang diperlukan oleh ibu menyusu dan bayi yang disusukan. Baca SINI.

Pastikan juga ibu-ibu minum air masak dengan secukupnya supaya ibu-ibu bersalin tidak berasa kekeringan.

4. Fahami teknik menyusukan bayi yg betul iaitu dengan lekapan sepenuhnya pada payudara ibu. Bantu bayi kita menyusu dengan menampung payudara sebelah tangan dan masukkan keseluruhan kawasan hitam (areola) puting ibu ke dalam mulut bayi. Ini kerana kawasan hitam ini juga mengandungi banyak urat susu.

Ramai yg menyangka susu ibu hanya keluar pada puting susu ibu. Hakikatnya hisapan bayi pada keliling areola ibu mampu meransang pengeluaran susu ibu dengan baik.

5. Ibu yang baru bersalin juga boleh melakukan teknik urutan payudara sendiri pada hari pertama selepas bersalin. Berikut antara teknik yang bolIh dilakukan oleh ibu-ibu yang mungkin sedikit sebanyak membantu meransang tubuh untuk menghasilkan susu badan.

Ibu bersalin juga sangatlah digalakkan untuk segera berurut badan. Bidan urut terlatih akan mengurut bhgn2 badan ibu bersalin dan Inshaallah susu badan juga akan keluar dengan lancar dan banyak.

Baca juga SINI –> Set Berpantang Shaklee

#myconfinementjourney
#berpantangharike10
#babyshaklee

4 thoughts on “5 Cara Banyakkan Susu Badan Sejurus Selepas Bersalin”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak beli Shaklee? Klik SINI untuk hubungi saya