Nak tahu cara atasi sakit gastrik dengan berkesan dan semulajadi? Jom ikuti kisah ini.

Agak terkejut saya bila seorang teman bercerita dia pernah menghadapi masalah derita sakit gastrik sedari zaman sekolah dulu dan bergantung dengan ubat hospital sudah lebih 16 tahun dah. Sekarang dia dah boleh tersenyum sebab dah sangat jarang dia diserang sakit gastrik sejak bertemu dengan cara atasi sakit gastrik dan penawar semulajadi yang sangat-sangat serasi lagi berkesan.

Jadi, hari ni, saya nak kongsikan dengan pembaca kisah eksklusif kawan saya pengidap sakit gastrik kronik dan sering bergantung dengan ubat-ubatan hospital. Namun akhirnya beliau sangat-sangat serasi dengan set gastrik shaklee yang diambilnya dan sembuh dari serangan gastrik yang kerap tanpa disedari.

 

Cara Atasi Sakit Gastrik
Sakit Gastrik Kronik Sembuh Dengan Set Gastrik Shaklee

 

Kakma ingin kongsikan pengalaman sendiri yang mana kakma menderita gastrik selama lebih 16 tahun dan dengan izin ALLAH gastrik sekarang sembuh.Kakma kena serangan gastrik yang pertama ketika berusia 14 tahun dan berlarutan sehingga usia 30 tahun.Bayangkan berapa lama kakma menderita menangung sakit gastrik ini anda yang ada gastrik mesti tahu kan betapa sakitnya menahan semasa gastrik datang menyerang.

Setiap kali bulan puasa selepas makan sahur wajib makan ubat gastrik.Sebelum puasa lagi dah jumpa doktor dan minta ubat gastrik untuk stok sebulan puasa kalau boleh nak mengelak dari kena gastrik tapi kalau dah kena Allah saja yg tahu, sakit sangat,selalunya walau makan ubat masa sahur lepas berbuka mesti kena juga gastrik.kalau sakit kepala boleh lagi tidur rehat pejam mata, tapi kalau kena gastrik tak boleh tidur pusing kanan,pusing kiri letak bantal kat perut dan tidur mesti selimut dan tutup kipas kalau tak lagi masuk angin perut, tidur pun merengkuk je badan.Masa bujang boleh lah tidur macam ni tapi sejak kawin ada anak pastu anak pulak menyusu mana boleh tidur cara kita so terpaksa lah menyusukan anak sambil menahan kesakitan.

Begitu lama kakma bergantung dengan ubat tapi kakma dapati ubat hanya untuk tahan sakit bukan untuk sembuh terus sakit gastrik, Kenapa kakma mengatakan begitu? ini kerana 16 tahun kakma makan ubat gastrik tak sembuh pun hanya hilangkan sakit sahaja.

Tetapi dengan izin ALLAH tahun 2012 kakma berkenalan dengan shaklee dan pada mulanya mencuba set menyusu shaklee yang mana dalam set menyusu ada ESP (Energizing Soy Protein) dan Ostematrik. Bila kakma makan set menyusu ini dah mula perasan jarang kena gastrik kalau tak sebelum ini setiap minggu mesti kena gastrik tetapi sejak amalkan set menyusu ni sebulan sekali pun belum tentu kena gastrik. Selepas kakma ambil tahu kelebihan produk ini baru kakma sedar memang ESP dan Ostemarik adalah pilihan terbaik cara atasi sakit gastrik kakma. Kakma juga makan peppermint ginger untuk buang angin dalam badan.Seperti kita tahu halia sangat bangus untuk buang angin dalam badan oleh kerana kakma memang tak boleh telan air halia jadi kakma pilih untuk ambil peppermint ginger.

Boleh baca SINI, PUNCA-PUNCA, TANDA-TANDA DAN PENAWAR TERBAIK SAKIT GASTRIK

Oleh itu, cara atasi sakit gastrik terbaik, inilah Set Gastrik yang kakma pilih untuk atasi sakit gastrik kakma.

Cara Atasi Sakit Gastrik Dengan Berkesan

Energizing Soy Protein

ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Peppermint Ginger Plus

Mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin di dalam badan.

Ostematrix

Ostematrix adalah suplemen kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat kan.

Jika anda ada masalah gastrik macam kakma jangan di biarkan bimbang akan dapat sakit yang lagi parah boleh jadi ulser perut or kanser. Jadi ikhtiarlah dgn vitamin gastrik ni. Kakma kongsi pengalaman kakma sendiri dan harap dapat beri kebaikkan buat semua yg ada masalah seperti kakma.

 

Oleh itu, saya mengesyorkan bagi mereka-mereka yang menghadapi masalah gastrik yang kronik, sering bergantung dengan ubat-ubatan hospital dan sebagainya. Jangan biarkan lagi masalah ini berterusan sehingga keadaan jadi lebih parah. Anda mungkin boleh berikhtiar dengan vitamin semulajadi shaklee yang sangat semulajadi, mesra dan lembut bertindakbalas dengan perut pesakit gastrik serta sangat berkesan.

Khusus untukpelanggan2 saya yang ingin dapatkan set ini berserta konsultasi cara pengambilan, perbincangan berkenaan pemakanan dan diet2 yang baik untuk pesakit gastrik secara percuma, anda bolehlah hubungi saya seperti no tertera berikut,

✍FB : Siti NorAini Sheikh Abdullah

✍FB Page : CelikSihat Page

✐Blog : CelikSihat 

✐Instagram : shakleeseriiskandar_kakct
✉Email : sitinurra77@gmail.com
✆HP : 019-514 6495
✆WhatsApp : 019.514.6495

➲COD Area : Tronoh, UTP, UITM, Bandar U & Seri Iskandar

Inshaallah saya sedia membantu anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *