Bagaimana vivix bantu atasi pelbagai penyakit akibat penuaan sel? Bila sebut suplemen vivix boleh dikatakan hampir satu Malaysia dah kenal dengan vivix. Buktinya sahaja suplemen vivix sendiri merupakan vitamin No 1 produk hot dalam carta TOP 10 Best Seller di Malaysia. Vivix dikatakan tonik anti penuaan sel dan vivix bantu atasi pelbagai penyakit akibat penuaan sel, radikal bebas dan sebagainya. Persoalannya BENARKAH dan BAGAIMANAKAH vivix bantu atasi pelbagai penyakit yang dihidapi manusia zaman ini?

Oleh itu, hari ni saya nak kupas berkenaan vivix, keistimewaan vivix, benarkah ada kajian para saintis hingga menjadikan vivix suplemen yang sangat istimewa di dunia khususnya tindakbalas vivix terhadap sel tubuh manusia. Sebelum itu mari kita kenal apakah itu sel tubuh manusia.

KETAHUI ANATOMI RINGKAS TUBUH MANUSIA

Tubuh badan manusia adalah ciptaan Yang Maha Esa yang paling unik. Ia tersusun oleh sistem yang sangat2 kompleks dan rumit. Ringkasan gambaran mudah adalah seperti rajah berikut

Anatomi ringkas tubuh manusia

 

Daripada satu unit sel, gabungan sel-sel ini membentuk, organ seperti kulit, paru-paru, mulut, buah pinggang dan sebagainya. Kemudian organ-organ ini berfungsi sehingga menjadi banyak sistem dalam tubuh manusia. Sistem-sistem ini kemudiannya saling berkoordinasi menjadi fungsi tubuh seperti sistem pernafasan manusia, sistem pencernaan, sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem reproduksi dan lain-lain lagi. Asasnya ia terdiri dari unit SEL. (Rujukan : https://www.slideshare.net/suanton/1-dasar-anatomi-fisiologi)

BAGAIMANA VIVIX BANTU ATASI PELBAGAI PENYAKIT DAN BERTINDAKBALAS KE ATAS SEL-SEL TUBUH MANUSIA?       

Sel tubuh manusia adalah adalah satu organisme yang hidup. Setiap saat banyak sel-sel tubuh yang mati dan digantikan oleh sel-sel baru tubuh secara semulajadi. Jika dibandingkan banyaknya sel-sel tubuh yang mati dengan sel-sel yang bertugas menjalankan fungsi sistem tubuh manusia setiap hari, para pengkaji sains bersetuju bahawa tubuh manusia akan mengambil masa lebih kurang 7 tahun untuk menggantikan seluruh sel dengan lengkap untuk membentuk tubuh manusia beserta fungsi-fungsi sistemnya. Dapat bayangkan ia terdiri dari baanyaak  unit sel dalam badan manusia.

Namun, kitaran ini tidak berlaku dengan semudahnya seperti yang dibayangkan. Fitrah sel tubuh manusia mengalami penuaan. Namun tidak semua sel tubuh manusia mati mengikut masa. Ia juga turut diserang dan mengalami perubahan disebabkan oleh faktor luaran seperti kuman dan bakteria, radikal bebas, gaya hidup, stress dan sebagainya sebelum sempat sel asal mati. Gambarannya boleh dilihat seperti berikut,

 

Bgaimana virus menyerang, mengubah dan bermutasi dalam tubuh
Kredit Foto : bsgct.org
2006 Encyclopedia Britannica, Inc

 

Kesan jangka panjang yang terlihat pada manusia ialah fungsi sistem tubuh manusia mulai merosot. Manusia menjadi letih lesu akibat sel-sel tubuh yang letih terpaksa bekerja keras. Kesihatan manusia mulai terjejas dan dengan mudahnya tubuh manusia menjadi sakit dan mendapat penyakit. Tanda-tanda sakit yang tidak ditangani dari awal lama kelamaan terkumpul dan membentuk penyakit yang lebih berat@kronik dan dikatakan tubuh menerima banyak tekanan oksidatif.

PENUAAN SEL TUBUH MANUSIA

Sekarang kita dah tahu seiring dengan pertambahan usia manusia, fisiologi manusia juga berubah menjadi semakin ‘tua’.

Namun demikian penuaan sel berlaku lebih awal dari usia kita dan sepanjang masa. Kerosakan sel tubuh berlaku berterusan disebabkan oleh faktor luaran yang disebutkan sebelum ini seperti gaya hidup, pemakanan yang membentuk toksin dan radikal bebas dalam tubuh dan sebagainya. Radikal bebas ini tidak baik untuk tubuh dan menjadi penyebab sel badan manusia menjadi lemah, tidak berfungsi dengan baik dan menjadi penyebab kerosakan sel tubuh. Radikal bebas ini menyumbang kepada penuaan sel tubuh sebelum masa.

Dengan kata lain, contohnya usia sebenar kita adalah 30an tapi kita dah kelihatan seperti 50an. Tenaga juga sudah tidak segagah seperti di usia 20an, mudah letih lesu, kulit menampakkan jeragat dan kedutan serta mudah sakit sana sini. Inilah yang dipanggil tua sebelum usia.

Apabila jumlah radikal bebas pula terlalu banyak melebihi kemampuan tubuh untuk meneutralkannya, keadaan ini dipanggil tubuh mengalami tekanan oksidatif. Akibatnya, peningkatan proses pengoksidaan sel-sel tubuh normal menjadi semakin tinggi dan menimbulkan kerosakan yang lebih banyak. Terdapat kajian membuktikan bahawa tekanan oksidatif adalah penyebab utama penuaan diri dan timbulnya penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, alzheimer, dan lain-lain. (Rujukan : Wikipedia, Davis, K. Oxidative stress, antioxidant defenses, and damage removal, repair, and replacement systems. Life 2000; 50:279-289)

Stres oksidatif dapat dicegah dan dikurangi dengan pengambilan antioksidan yang cukup dan optimal ke dalam tubuh.

KAITAN VIVIX DENGAN SEL TUBUH MANUSIA

Hal ini menjadi pencetus para saintis untuk mencipta vivix yang dapat ‘preserve’ atau melambatkan penuaan sel daripada masalah radikal bebas sepanjang masa. Justeru ciptaan bagaimana vivix bantu atasi pelbagai penyakit yang berpunca dari masalah penuaan sel akibat serangan radikal bebas merupakan satu evolusi teknologi baru dalam dunia nutrisi dan pemakanan tambahan sihat.

Terdapat kajian mengatakan resveratrol dan polifenol berkebolehan untuk melambatkan proses penuaan sel badan manusia yang diakibatkan oleh radikal bebas dengan cara meneutralkan toksin radikal bebas pada tahap DNA sel.

APAKAH ITU POLIFENOL?

Polifenol ialah sekumpulan sebatian yang dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Polifenol memberi warna sambil melindungi tumbuhan tersebut dari penyakit dan jangkitan. Ianya adalah

  • Antioksidan yang kuat
  • Peransang tenaga di dalam sel dan meningkatkan kesihatan yang hebat

DIMANAKAH POLIFENOL BOLEH DIDAPATI?

Beri, ceri, delima, epal, kacang dan teh hijau adalah tinggi dengan polifenol.

Uniknya dalam vivix campuran 4 bahan utama vivix memberikan kita 16 jenis polifenol untuk meningkatkan stamina dan kebaikan kepada sel

4 bahan utama vivix bantu atasi pelbagai penyakit

 

BAGAIMANA VIVIX BANTU ATASI PELBAGAI PENYAKIT DENGAN SUMBER POLIFENOL SEMULAJADI?

Kajian makmal menunjukkan bahawa pengambilan yang kerap suplemen vivix menerangkan bagaimana vivix bantu atasi pelbagai penyakit iaitu dengan cara 4 MEKANISME UTAMA TINDAKBALAS TERHADAP SEL.

1 – Melindungi dan Membaiki Sel Hingga ke Tahap DNA

(Ref : Protect Cell)

Bagaimana vivix bantu atasi pelbagai penyakit dan bertindak dalam tubuh manusia

 

Pic graf berikut menunjukkan vivix pertahankan sel dari kerosakan biologikal dan bagaimana vivix bantu atasi pelbagai penyakit yang berpunca dari makanan. Contohnya kita banyak mengambil makanan terproses, tinggi bahan perisa, pengawet tambahan dan sebagainya. Makanan ini menyebabkan biological stress kepada sel badan.

Selepas mengambil makanan-makanan tinggi lemak seperti berikut, sel-sel badan kan bertindak menghasilkan biomarker tertentu sebagai respond terhadap makanan ini. Biomaker ini adalah indicator biological stress yang dialami oleh sel. Lagi banyak biomaker dihasilkan, lagi cepat kerosakan dan penuaan sel berlaku.

Bila kita mengambil vivix, sel-sel badan akan memberi respon dengan menahan biomaker dari dibebaskan. Maka proses penuaan dan kerosakan sel mampu diperlahankan.

2 – Menggalakkan Pembentukan Mitochondria Untuk Memberi Tenaga Kepada Sel

(Rujukan Research : Mitochondria)

Bagaimana vivix bantu atasi pelbagai penyakit dan bertindak dalam tubuh manusia

Berdasarkan Pic kedua, dapat dijelaskan bahawa pusat penghasilan tenaga dalam sel disebut sebagai mitichondria.

Vivix terbukti dapat meningkatkan penghasilan tenaga dari peringkat mitochondria lagi.

Sebab itu bila proses penuaan sel berlaku akibat radikal bebas dan sebagainya, body age seseorang boleh meningkat dari usia sebenar. Kesannnya seseorang itu mudah penat, letih lesu serta mengalami keadaan seperti tidak cukup rehat walaupun sesudah bangun pagi dengan jumlah tidur yang mencukupi.

3 – Memberi Impak Positif Pada Kawalan Genetik

(Rujukan Research : Telomeres)

Bagaimana vivix bantu atasi pelbagai penyakit dan bertindak dalam tubuh manusia

Vivix berfungsi untuk memastikan ‘cap’ atau telomeres ini sentiasa panjang dan sel/DNA terlindung daripada kerosakan atau serangan radikal bebas.

Menurut Landmark Study Shaklee, telomeres pengguna Shaklee 11% lebih panjang berbanding mereka yang bukan pengguna Shaklee.

4 – Melambatkan Pembentukan Protein AGE Yang Berkait Rapat Dengan Penuaan Sel

(Rujukan Research : AGE protein)

Bagaimana vivix bantu atasi pelbagai penyakit dan bertindak dalam tubuh manusia

AGE protein ini adalah ‘culprit’ atau dalang kepada punca penuaan sel.

Dengan mengambil vivix, ia dapat menghalang penghasilan AGE protein ini, meningkatkan fungsi sel se bagaimana vivix bantu atasi pelbagai penyakit yang dihidapi oleh tubuh badan . Ia juga terjadi hasil dari peningkatan tenaga dalam mitochondria tadi.

 RUMUSAN

Daripada hujah isi kandungan entri dapat dirumuskan bahawa

1- Vivix bukanlah ubat untuk merawat pelbagai penyakit termasuk penyakit kronik yang dihidapi oleh manusia khususnya penyakit-penyakit yang biasa dihidapi oleh masyarakat Malaysia. Namun ciptaan dan kajian vivix oleh saintis-saintis hebat ini menggunakan sumber-sumber semulajadi ciptaan Allah yang Maha Esa menunjukkan vivix mempunyai banyak kekuatan tidak langsung dan kaitan yang membantu mempertingkatkan kualiti sel tubuh manusia dari serangan radikal bebas dan tekanan oksidatif yang berlaku di sepanjang masa sepanjang hayat manusia.

2- Sel-sel tubuh manusia lebih mudah dijaga dari peringkat awal khususnya untuk mengelakkan sel rosak ini bermutasi malah untuk mengelakkan juga dari sel-sel typo ini berjangkit kepada sel-sel sihat pula. Sebenarnya kesan tak langsung sel-sel rosak dan bermutasi ini boleh membawa ke tahap penyakit KANSER. Oleh itu, kita sangat-sangatlah disaran untuk mengamalkan suplemen vivix.

3- Manakala mereka yang telah sakit atau menghidapi penyakit pula lebih-lebih lagilah disarankan untuk mengambil vivix sebagai suplemen utama sebelum sakit-sakit biasa ini berubah kepada satu penyakit lebih serius atau kronik. Pengambilan vivix adalah untuk menggalakkan pembaikan semula sel-sel rosak atau mematikan sel yang tak berguna dalam proses apoptosis sel (proses kematian terancang sel). Dalam masa yang sama pesakit juga perlu dapatkan rawatan dan berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan terhadap penyakit yang dihidapi.

4- Kenapa seseorang yang sedang mengalami sesuatu penyakit disarankan untuk mengambil vivix dalam melengkapi rawatan penyakit juga termasuk vitamin-vitamin tambahan?

Jawapannya kerana bila kita menghidapi penyakit maka tubuh mengalami kemerosotan atau masalah pada fungsi sistem tubuh secara amnya. Contohnya seseorang yang mengidap penyakit kencing manis. Sistem endoktrin yang terlibat sepatutnya berfungsi mengeluarkan enzim percernaan dan melibatkan organ pankreas untuk menghasilkan insulin. Insulin berfungsi mengawal selia jumlah gula/glukosa dalam darah. Kerosakan atau kemerosotan pankreas dalam menghasilkan insulin dengan cukup, sampai masanya akan menyebabkan seseorang itu boleh mengidap diabetes. Organ pankreas pula terbuat atau terdiri dari rangkaian-rangkain unit sel.

Sebab itu, bagi menangani masalah penyakit kencing manis pada peringkat awal, kami akan mencadangkan untuk pesakit mengambil sekali suplemen vivix bagi menghentikan kerosakan berterusan terhadap sel-sel yang membina organ seperti pankreas, buah pinggang dan sebagainya dengan vivix. Vivix akan bertindak dengan 4 mekanisma tindakan utama terhadap unit sel-sel organ terlibat hingga ke tahap DNA sel. Justeru dengan langkah ini pesakit dapat mengurangkan risiko dari terus mendapat penyakit kencing manis kronik akibat kerosakan sel organ secara berterusan.

5- Selain itu perlu diingat bahawa walaupun kebolehan bagaimana vivix bantu atasi pelbagai penyakit, pengambilan suplemen vivix hanyalah membantu dalaman tubuh seseorang dalam menangani masalah penuaan sel akibat radikal bebas. Kita tetap disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan memakan secara seimbang, pilih makanan yang sihat, sayur-sayuran dan buah-buahn yang tinggi dan kaya dengan antioksidan, memilih suplemen yang selamat lagi semulajadi serta melakukan senaman akan membantu tubuh supaya tampil dengan lebih sihat luaran dan dalaman seiring dengan usia.

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan vivix dan sebagainya, bolehlah hubungi saya di,

✍FB : Siti NorAini Sheikh Abdullah

✍FB Page : CelikSihat Page

✐Blog : CelikSihat 

✐Instagram : shakleeseriiskandar_kakct
✉Email : sitinurra77@gmail.com
✆HP : 019-514 6495
✆WhatsApp : 019.514.6495

Sekiranya ingin membuat belian vivix secara terus tanpa melalui saya, anda bolehlah klik pada BUTTON berikut. Belian secara kredit juga boleh dilakukan secara terus online.

Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *